Apa Maksud ‘Rezab Melayu’ dan Kenapa Penting Bila Beli Tanah Lot?

Apa Maksud ‘Rezab Melayu’ dan Kenapa Penting Bila Beli Tanah Lot?

Kalau anda orang Melayu dan bercadang beli tanah, anda mungkin akan jumpa istilah "rezab Melayu." Tapi apa sebenarnya maksudnya?

1. Apa Itu Tanah Rezab Melayu?

Tanah Rezab Melayu ialah tanah yang diwartakan di bawah Akta Rizab Melayu, khas untuk dimiliki oleh orang Melayu sahaja. Maksudnya, orang bukan Melayu tidak boleh beli atau miliki tanah ini.

Undang-undang ini diwujudkan untuk melindungi hak milik tanah dalam kalangan masyarakat Melayu supaya terus ada aset hartanah untuk generasi akan datang.

2. Kelebihan Tanah Rezab Melayu

Harga biasanya lebih stabil – sebab pembeli terhad, jadi tak berlaku spekulasi harga melampau.
Pelaburan jangka panjang – sesuai untuk simpanan aset atau buat rumah pusaka keluarga.
Kekal dalam pemilikan Melayu – takkan mudah jatuh ke tangan bukan bumiputera.

3. Kekurangan yang Perlu Diketahui

Tak boleh jual kepada bukan Melayu – kalau nak jual, pembeli mesti juga Melayu.
Kurang pilihan lokasi – biasanya tak banyak tanah rezab di tengah bandar besar.
Susah buat pinjaman bank (kadang-kadang) – bank lebih berhati-hati bila nilai tanah tak fleksibel di pasaran.

4. Jadi, Perlu Beli Ke?

Kalau anda Melayu dan mahu beli tanah untuk buat rumah sendiri, ini adalah pilihan terbaik. Tapi kalau anda nak beli untuk pelaburan jangka pendek atau jual semula kepada sesiapa, mungkin tanah bukan rezab lebih fleksibel.

 


 

Kenapa Aribina?


✅ Banyak pilihan tanah lot Rezab Melayu di lokasi yang dah dirancang elok
✅ Geran individu atau geran kongsi dengan dokumentasi sah
✅ Proses telus dan mudah difahami untuk pembeli pertama

📌 Kalau anda cari tanah rezab Melayu yang ready untuk bina rumah, hubungi Aribina sekarang. Biar kami bantu anda langkah demi langkah.

Back to blog