ARIBINA PROPERTIES SDN BHD

Aribina Properties Sdn Bhd (Aribina) ditubuhkan pada tahun 2021 dengan diterajui oleh Tuan Abdul Razak Ismail selaku Pengarah Eksekutif (CEO).

Aribina merupakan sebuah syarikat pemaju hartanah yang beroperasi di Johor Bahru, Johor dan Seremban, Negeri Sembilan. Aribina menjalankan aktiviti jual beli hartanah.

Peranan utama Aribina adalah membeli tanah-tanah ekar yang berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan penempatan dan seterusnya memecahkan tanah-tanah ini kepada lot-lot kecil dengan keluasan tertentu dan dijual semula kepada pembeli yang ingin membeli tanah lot untuk membina rumah atau sebagai asset pelaburan jangka masa panjang.

Aribina memfokuskan kepada jualan tanah lot di seluruh negeri Johor dan Negeri Sembilan dan matlamat kami adalah untuk membantu golongan muda dan Bumiputera untuk memiliki hartanah dan lot kediaman sendiri berikutan harga hartanah dan rumah siap diduduki semakin melambung tinggi.

Aribina menjalankan aktiviti jual beli tanah lot secara telus di mana pembeli akan berurusan secara langsung dengan pihak syarikat dan semua dokumentasi antara pihak syarikat dengan pembeli dikawal dan tertakluk dalam undang-undang Malaysia.

Aribina juga bertanggungjawab berurusan dengan jabatan-jabatan dan agensi tertentu dalam proses jual beli dan pindah milik tanah lot. Dengan adanya Aribina, kami berharap dapat membantu merealisasikan impian mereka yang ingin memiliki kediaman impian di atas tanah lot mereka sendiri.